Cute Purple Pencil

Saturday, 20 May 2017

MENTERJEMAH PERIBAHASA


Hari ini saya akan berkongsi dengan pembaca semua mengenai cara menterjemah peribahasa.

Peribahasa Arab
Dalam buku al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah:

قول موجز سائر، صائب المعنى، تشبه به حالة حادثة بحالة سالفة. (kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu).

Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

1. Al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas)
السرّ أمانة, النساء حبائل الشيطان  dan الحرب غشوم (،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 28).

2. Al-Mathal al-qiyasiy
Cerita atau kisah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas. 

Contoh al-mathal al-qiyasi: 
إن من البيان لسحرا،   إيَّاكُم وخضراء الدِّمَن، لا يُلْدغ المؤمنُ من جُحْرٍ مَرّتَيْن،  الكلمة الطيبة صدقة،   التائب من الذنب كمن لا ذنب له،   إذا لم تستح فاصنع ما شئت،   اليد العليا خير من اليد السفلى 
3. Al-mathal al-khurafiy
iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia
dibina  berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.


Teknik Menterjemah Peribahasa

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
    Contoh:
                جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.  
                قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
    Contoh:
                 ما ءُ الوجه diterjemahkan terus kepada air muka.
                 عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati.
                 شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
                 حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.
                 دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.

3. Teknik memperjelas makna.
    Contoh:
                 Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
                 Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggil 
                شركة خطوط   جوّية/هوائية

4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).

Contoh:
             هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati. 
             حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.




Sekian,
Umi Munirah



S


S


Friday, 12 May 2017









Pada kuliah kedua, kami telah mempelajari mengenai kelayakan penterjemah. Jadi, saya harap sesiapa yang bercita- cita untuk menjadi seorang penterjemah, boleh menjadikan blog ini sebagai salah satu rujukan asas.

                                                  PENDAPAT YANG SALAH 


  • Hanya dengan mengetahui dua bahasa sahaja seseorang penterjemah itu mampu untuk menjadi seorang penterjemah yang baik. 
  • Hal tersebut adalah kurang tepat. Sebagai seorang penterjemah, kita perlu mengetahui banyak bahasa kerana terdapat banyak kata pinjaman yang terdapat dalam sebuah bahasa.
  • Namun, dunia 'maklumat di hujung jari' kini tidak menjadi masalah yang besar kepada penterjemah. 


                                                             
                                                                   SYARAT UTAMA UNTUK MENJADI PENTERJEMAH



 1. Mengetahui bahasa sumber 
2.Mengetahui bahasa sasaran 
3.Mengetahui topik atau subjek yang akan diterjemahkan.
4. Mengetahui teori terjemahan 
5.Mengetahui sasaran pembaca







                                                              1. Mengetahui bahasa Sumber
  • Mengetahui dengan mendalam
  • Tahu membezakan banyak makna (sinonim, antonim dan sebagainya)
  •  Mampu menafsirkan makna dengan tepat


 2. Mengetahui bahasa sasaran
  • Mengetahui bahasa penerima dengan baik
  • Lebih baik atau sama baik dengan bahasa sumber



3. Mengetahui bidang/ subjek
  • Menjamin ketepatan dan kesempurnaan terjemahan yang dihasilkan.
  • Penting dalam penterjemahan teks2 khusus/ sastera




4. Mengetahui teori terjemahan
  • Ada teori dan kaedah ilmiahnya yang tersendiri
  • Bukan setaka memindahkan perkataan sahaja, tapi juga memindahkan idea, maklumat dan gaya

 5. Mengetahui sasaran pembaca
  • Terjemahan perlu sesuai dengan sasaran pembaca
  • Laras bahasa juga perlu dijaga.



 SYARAT TAMBAHAN
  1. open- minded
  2. Minat yang mendalam
  3. Boleh bekerja sendiri
  4. Minat yang mendalam
  5. Jujur dan amanah




Sekian sahaja daripada saya... Oh iye, maklumat tambahan. Jika ada yang betul2 berminat untuk menjadi penterjemah boleh pergi ke laman web Institut Terjemahan Bahasa Negara untuk mendapatkkan maklumat dengan lebih lanjut lagi.

By: Ma Nurul Shafiqah binti Muhamad Fadzli

Wednesday, 10 May 2017

Apa beza KOMUNIKATIF DAN SEMANTIK? 🤔

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi tentang perbezaan komunikatif dan semantik iaitu jenis terjemahan menurut Peter Newmark. Saya yakin apabila anda mengetahui perbezaan ini secara automatiknya anda akan tahu apa itu sebenarnya komunikatif dan semantik. In shaa Allah moga bermanfaat! 😉



KOMUNIKATIF
SEMANTIK
Mementingkan budaya bahasa sasaran
Mementingkan bahasa sumber
Memberi kesan yang sehampir sama kepada pembaca seperti pembaca teks asal
Membuat pembaca tercari-cari makna sebenar
Terjemahan lebih jelas, lancar dan mudah
Terjemahan mengikut harfiah setepat-tepatnya, lebih terperinci
Penulis menggunakan bahasanya sendiri dan bahasa lebih baik daripada teks asal
Penulis mementingkan bahasa dan mempunyai maklumat yang banyak
Boleh membetulkan kesilapan dan kesalahan dalam terjemahan
Perkataanya tidak boleh diusik lagi
Pembaca teks sasaran mengandaikan diri mereka sama dengan pembaca teks sumber
Mutu terjemahan lebih rendah selalunya
Menggantikan bahasa kasar dengan bahasa halus
Terjemahan boleh menyebabkan makna teks sumber hilang



Moga bermanfaat! :) Jumpa lagi👋 
By, Salma Irsalina ^^














Kaedah Terjemahan



Hai semua, terlalu lama blog ini menyepi. Maaf di atas kelewatan kami mengemaskini blog ni. Kali ni saya nak kongsi dengan awak-awak semua mengenai kaedah terjemahan.

Sebelum tu, kita lihat dulu sedikit definisi. 

Kaedah: Beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

Teknik: kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam satu kaedah.
Contoh: Kaedah menterjemah secara harfiah



Teknik: Menggunakan kamus dalam mencari makna perkataan yang tidak diketahui.
Pendekatan: Arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran atau jalan yang diambil untuk            melakukan sesuatu. Biasanya berasaskan teori. 
Strategi: Suatu susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan                        menggunakan tenaga, masa dan kemudahan secara optimum. Gabungan pelbagai kaedah dan      pendekatan untuk mencapai kesan yang optimum

MILDRED L.LARSON membahagikan terjemahan kepada :
🌰Literal
    Terjemahan literal (al-Tarjamah al-Harfiyyah): Terjemahan yang bergantung sepenuhnya pada bentuk teks bahasa asal, dan cuba menghasilkan bentuk tersebut pada teks bahasa sasaran.Terjemah antara baris (al-tarjamah bayna al-sutur) juga merupakan sejenis terjemahan literal/harfiah. Berguna dalam proses belajar bahasa asing. 
      Contoh : Terjemahan literal ⚫Bahasa Papua New Guinea "Kan daro"
                                                      Bahasa Inggeris "Your-name call!
                                                      Bahasa Arab "Ismak sih bih!
                Alternatif ⚫ BI "What is your name?
                                   BA "Ma ismuka?

🌰Modified Literal (Tarjamah Harfiyyah Mu’addalah)
   Penterjemah menyesuaikan susun-atur perkataan dan nahu sekadar perlu supaya binaan ayat itu boleh diterima oleh pembaca teks sasaran, tetapi unit leksikal masih lagi diterjemahkan secara harfiah. Ada kalanya perkataan/leksikon juga ditukar untuk mengelakkan kekaburan atau untuk memperelok ujaran. Walau bagaimanapun, hasil terjermahan masih kedengaran ganjil dan asing.
Contoh:
–Bahasa Ghana: ro ahombo ngusifu pamaribayandi
–BI (terjemahan literal): I her I-fastened-her
–BI (Modified Literal): I fastened her in my heart
–BA( ML): Awthaqtuha fi qalbi
–Terjemahan alternatif: (BI): I never forgot her / I’ve kept her in my heart
–Terjemahan alternatif: (BA): Lam ansaha / Ahmilu dhikraha fi qalbi       
       
🌰 Idiomatik
Terjemahan yang bergantung pada makna teks bahasa sumber. Penterjemah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan makna teks bahasa sumber dan cuba memindahkan makna tersebut ke bahasa sasaran secara sejadi/natural. Tidak berbau terjemahan, seolah-olah ditulis dalam bahasa sasaran. Bukan mudah. penterjemah tidak boleh konsisten menggunakan terjemahan idiomatik kepada keseluruhan teks bahasa sumber, ada kalanya penterjemah menggunakan terjemahan harfiah atau modified literal. 


KAEDAH TERJEMAHAN (UMUM)
TERJEMAHAN KATA DEMI KATA
Bahasa sumber tetap ketara.
Biasa digunakan untuk menterjemahkan kitab-kitab suci, doa, mentera, jampi, puisi-puisi 
tertentu dan teks-teks lain yang terkandung dalamnya kekuatan adikodrati, yang 
sekiranya diterjemahkan secara bebas, hikmahnya akan hilang.
Mudah dilakukan.
Terjemahan dapat disiapkan dengan cepat.
Lebih menekankan bentuk teks sumber, bukannya isi.
Tidak dapat difahami dengan mudah.
Tunduk kepada tatabahasa bahasa sumber.
Catatan kaki dibuat untuk menjelaskan yang kabur.
Penterjemah belum boleh dipanggil penterjemah, sebaliknya dia adalah seorang transformer.

⃞ TERJEMAHAN  HARFIAH

Terjemahan amat mirip dengan bentuk/struktur bahasa sasaran.
Gaya terjemahan mirip dengan gaya penulisan bahasa sumber.
Masih memberi penekanan pada bentuk/struktur  bahasa sumber.
Hasil terjemahan kadang kala kaku dan terlalu dipaksakan.

Tidak sedap dibaca.

⃞ TERJEMAHAN BEBAS

Terjemahan yang tidak terikat dengan bentuk teks asal.
Mementingkan makna dan isi teks asal.
Hasil terjemahan merupakan gagasan pengalaman penulis.
Pengalaman penterjemah juga boleh dilihat dalam hasil terjemahan.
Keupayaan, kemampuan dan kreativiti penterjemah benar-benar teruji.
Karya terjemahan menarik dan senang dibaca.


Sekian,
Umi Munirah




Saturday, 15 April 2017

MENTERJEMAH KATA NAMA KHAS





Hai semua.. How's your day? In shaa Allah segalanya dipermudahkan oleh Allah. Okay hari ni saya nak kongsi dengan korang mengenai terjemahan jugak. Tapi kali ni, saya nak kongsi macam mana nak menterjemah kata nama khas. okay let's go!!

DEFINISI:
Merujuk kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang,
bangsa, bahasa, dan seumpamanya.
Dalam tulisan bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf besar.
KLAFIKASI:
Dalam BM, Kata Nama Khas (KNK) dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
›KNK hidup (manusia dan binatang)
›KNK tak hidup (Nik Safiah Karim 2004).


Kategori KNK dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan
mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.

Menterjemah Knk

Menterjemah KNK tidak harus dipandang mudah kerana:


  •     Mempunyai makna yang tersendiri.
  •     Terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat.
  •     Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya.
  •     Contoh: Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA).


NEWMARK (1988): 

Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya adalah walaupun KNK dengan istilah budaya
merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik, KNK hanya mempunyai
satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk kelas-kelas entiti


Penterjemahan KnkNama Orang/Objek

Menurut Newmark, secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak
mempunyai makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan.

Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.

Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة (Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu:


 #Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.

#Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.


Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.

      Contohnya:
                         -الإسكندر الأكبر (BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM)
                         -داود  (BA) - David (BI) dan Daud (BM) 

›Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat.

       ›Contoh: Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM).
       
       ›Masjid Tanah (BM) menjadi مسجد تانه (BA) bukannya مسجد الأرض dan Masjid Tanah (BI)

       ›Pasir Puteh (BM) menjadi باسير بوتيه (BA) bukannya الرمل الأبيض dan Pasir Puteh (BI)


Nama Negara, Bandar, Tempat

›Mengekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan atau perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan).

›Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.

Dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran.

   –Middle East: Asia Barat
   –Silk Route: Laluan Sutera
   –Atlantik Sea: Laut Atlantik
   –Guantanamo Bay: Teluk Guantanamo
   –Swat Valley: Lembah Swat

›Contoh: Sesetengah tempat & bandar dalam BA ditulis dalam bahasa asing seperti BI dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal.

›Kata nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.

›Contoh: al-Qahirah (BA)- Cairo (BI) – Kaherah (BM)
›al-Iskandariyah (BA) - Alexandaria (BI) - Iskandariah (BM); al-Jaza'ir (BA) - Algeria (BI & BM). 

›Penterjemah bolehlah menggunakan kata nama yang telah sedia ada. Kata nama tempat dalam bahasa asing boleh disebut dan ditulis secara luwes, sama ada mengikut perkataan Inggeris ataupun mengikut perkataan Arabnya yang asal

Secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu.

›Nama bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-`Iraq dan al-Jaza'ir perlulah ditransliterasikan sahaja. Dan perkataan selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.

›Ataupun terjemah/padankan nama tempat/bandar itu dengan perkataan yang telah sedia ada seperti al-Urdun dipadankan dengan Jordan.


Nama Institusi/Organisasi

Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan
akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan.

Di samping kaedah pinjaman terjemahan, ada juga nama institusi yang dipinjam terus daripada
teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).


Nama Jawatan/Gelaran

›Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah.

›Memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali
  untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.


Nama Judul/Peristiwa

›Lazimnya akan dikekalkan

›Bagi nama peristiwa/acara:

  -Ada yang dikekalkan dalam teks sasaran.
  -Ada yang diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran.

Terdapat 3 strategi khas dalam penterjemahan KNK, iaitu:

1. Mengekalkan kata nama asal (TIDAK DITERJEMAHKAN).

2. Menggantikan kata nama asal dengan kata lain (DITERJEMAHKAN
    MENGGUNAKAN TEKNIK PINJAMAN TERJEMAHAN, PINJAMAN CAMPURAN
    DLL).

3. Menggugurkan terus kata nama itu.




Sekian,
Umi Munirah











Thursday, 13 April 2017

Perbezaan Terjemahan Tulisan dan Terjemahan Lisan

Assalamualaikum! In shaa Allah hari ini saya ingin berkongsi tentang perbezaan yang terdapat dalam jenis terjemahan. Baiklah, secara umumnya terdapat dua jenis terjemahan iaitu terjemahan lisan dan terjemahan tulisan. Sekarang, saya akan menyenaraikan perbezaan ciri-ciri jenis terjemahan tulisan dan terjemahan lisan.




LISAN
TULISAN
Dilakukan secara bertulis
Dilakukan secara lisan
Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan
Penterjemah tidak boleh berhenti walaupun seketika untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah/tidak tepat padanan terjemahannya
Kefasihan berbahasa tidak menjadi syarat yang mutlak
Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancer & fasih dalam bahasa sumber & bahasa sasaran
Penguasaan bahasa sumber dan bahasa sasaran yang pasif tidak menjadi halangan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik
Mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan dan dilakukan secara langsung, cepat & tepat.



























Moga, perkongsian yang ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mengenal jenis terjemahan dengan lebih mendalam. In shaa Allah :) 


By, Salma Irsalina ^^