Cute Purple Pencil

Saturday, 17 June 2017

Terjemahan Cerita Pendek



Berikut merupakan terjemahan cerita pendek dalam bahasa Arab ke bahasa Melayu yang telah dibincangkan di dalam kelas tutorial kami:


Cerita Pertama:

Terjemahannya:

SI BUDAK DAN SI PENJUAL

Seorang budak pergi ke kedai untuk membeli buah kurma dengan 60 dirham. Lalu penjual kurma itu mengurangkan timbangan dan menyerahkan kurma itu kepadanya.
Si budak pun berkata:
“Mengapa kurang timbangan kurma ini?”
Si penjual menjawab:
“Supaya mudah kamu membawanya.”
Dia meminta bayaran daripada budak itu. Kemudian budak itu membayar kepadanya 50 dirham.
Si penjual berkata:
“Harga kurma ini 60 dirham, mengapa kamu bayar kurang?”
Budak itu pun menjawab:
“Supaya mudah kamu mengiranya.”




Cerita Kedua:


Terjemahannya:
SANG MUSANG DAN SEBUAH GENDANG

Tersebutlah kisah, seekor musang telah datang ke hutan yang di dalamnya terdapat gendang yang berada di atas pokok. Adapun angin bertiup menggoyangkan dahan pokok dengan kuat dan setiap dahan yang goyang memukul gendang lalu ia menghasilkan bunyi yang mengagumkan. Musang itu menyangka bahawa ada kenduri kahwin. Lalu dia menghala ke arah bunyi itu dan melihat sebuah gendang besar yang tergantung. Dia menganggap bahawa gendang itu dipenuhi dengan lemak dan daging. Maka dia memanjat pokok itu dan mengapai gendang tersebut sehingga gendang itu jatuh ke atas tanah. Dia turun untuk mengoyakkannya bagi mengetahui apa yang ada di dalamnya. Selepas berusaha, dia berjaya dan mendapati gendang itu kosong, tiada lemak mahupun daging. Sesungguhnya punah harapannya. Kemudian dia berkata: “ Mungkin aku tidak tahu bahawa aku gagal menzahirkan suara dan mengecam bangkai.”   







Cerita Ketiga:

Terjemahannya:

GABENOR YANG FAKIR

Pada suatu hari, seorang khalifah memberitahu menterinya bahawa beliau ingin membuat lawatan ke bandar-bandar dalam negara. Beliau ingin mengetahui keadaan rakyatnya untuk membantu rakyatnya yang fakir dan memerlukan.
Apabila khalifah itu tiba di bandar yang pertama, beliau bertanya mengenai nama-nama golongan miskin. Terdapat nama gabenor bandar diantara nama-nama tersebut. Khalifah berasa hairan dan mengarahkan gabenor itu untuk menghadapnya.
Khalifah itu pun bertanya: "Adakah anda fakir tetapi anda menerima gaji ynag tinggi?".
Gabenor itu menjawab: "Saya menyerahkan gaji saya kepada fakir miskin supaya mereka tidak kelaparan dan tiada baki daripada gaji saya".
Khalifah berpuas hati dengan perbuatan gabenor itu lalu beliau menggandakan gajinya.
Sejak itu, khalifah berbuat baik kepada golongan fakir miskin.






Cerita Keempat:

Terjemahannya:

PENCURI YANG TELAH DIROMPAK

Tersebutlah kisah, dua orang pencuri telah mencuri seekor keldai. Salah seorang daripada mereka membawa keldai tersebut ke pasar untuk dijual. Dalam perjalanannya, dia bertemu seorang lelaki yang memegang pinggan berisi seekor ikan. 
Lelaki tersebut berkata: “Adakah keldai ini untuk dijual?”. 
Si pencuri menjawab: “Ya”. 
Kemudian lelaki itu berkata: “Peganglah pinggan ini sehingga aku selesai mengujinya.”
Lalu, lelaki tersebut menunggang keldai itu. Apabila dia sudah jauh daripada pencuri itu, dia pun memasuki lorong kecil dan bersembunyi di situ. Akhirnya dia melarikan diri bersama keldai itu.
Kemudian, pencuri tersebut pun sedar bahawa dia telah diperdayakan oleh lelaki tersebut. Sejurus kemudian, dia pulang kepada kawannya dengan pinggan yang berisi ikan tadi. 
Kawannya bertanya: “Adakah kamu telah menjualnya?”
Dia menjawab: “Ya.”
Kawannya bertanya lagi: “Berapakah harganya?”.
Dia pun berkata: “Dia menggunakan modalnya dan keuntungannya sepinggan ikan ini.”



Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Saya harap anda dapat mengambil pengajaran daripada cerita-cerita pendek di atas. Terima kasih...

Disediakan oleh: Nursyafiqah 'Aqilah binti Sharin☺


No comments:

Post a Comment