DEFINISI:
Merujuk
kepada rujukan yang khusus sama ada orang, haiwan, institusi, undang-undang,
bangsa, bahasa, dan seumpamanya.
Dalam
tulisan bahasa Melayu (BM), huruf pertama ditulis dengan huruf besar.
KLAFIKASI:
Dalam
BM, Kata Nama Khas (KNK) dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:
›KNK
hidup (manusia dan binatang)
›KNK
tak hidup (Nik Safiah
Karim 2004).
Kategori KNK dalam bidang terjemahan boleh dikategorikan kepada pelbagai kumpulan
mengikut kumpulan dan objektif sesuatu kajian.
Menterjemah
Knk
Menterjemah KNK tidak harus dipandang mudah kerana:

- Mempunyai makna yang tersendiri.
- Terkandung sesuatu maklumat yang tidak dapat dilihat secara tersurat.
- Merujuk kepada fungsi dan makna tertentu – perlu difahami berdasarkan budayanya.
- Contoh: Pak Pandir dalam BM dan Hatim al-Ta’i dalam bahasa Arab (BA).
NEWMARK
(1988):
Perbezaan antara KNK dengan istilah budaya adalah walaupun KNK dengan
istilah budaya
merujuk kepada orang, benda atau proses sesuatu komuniti etnik,
KNK hanya mempunyai
satu rujukan sahaja sedangkan istilah budaya merujuk
kelas-kelas entiti
Penterjemahan Knk – Nama Orang/Objek
Menurut Newmark, secara teorinya nama orang atau objek berada di luar bahasa dan tidak
mempunyai makna, maka ia tidak boleh diterjemahkan.
Secara umumnya, nama orang tidak diterjemahkan, hanya dipindahkan ke bahasa sasaran.
Kata nama khas (bahasa Arab) seperti علي (Ali), محمد (Muhammad), فاطمة (Fatimah) dan زينب (Zainab) tidak perlu diterjemahkan, tetapi ada dua perkara penting yang perlu diambil kira, iaitu:
#Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
#Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.
Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu tahu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.
Contohnya:
-الإسكندر الأكبر (BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM)
-داود (BA) - David (BI) dan Daud (BM)
›Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga, bermakna dia telah melakukan kesalahan yang berat.
›Contoh: Longman (BI) menjadi لونجمان (BA) bukannya رجل طويل dan Longman (BM).
›Masjid Tanah (BM) menjadi مسجد تانه (BA) bukannya مسجد الأرض dan Masjid Tanah (BI)
›Pasir Puteh (BM) menjadi باسير بوتيه (BA) bukannya الرمل الأبيض dan Pasir Puteh (BI)
Nama Negara, Bandar, Tempat
›Mengekalkan nama bahasa sumber (tanpa perubahan atau perubahan seperti ejaan, atau dengan keterangan tambahan).
›Menggantikan nama dalam bahasa sumber dengan padanan budaya yang memang wujud dalam bahasa sasaran.
›Dipindahkan secara pinjam terjemah atau pinjam campuran.
–Middle East: Asia Barat
–Silk Route: Laluan Sutera
–Atlantik Sea: Laut Atlantik
–Guantanamo Bay: Teluk Guantanamo
–Swat Valley: Lembah Swat
›Contoh: Sesetengah tempat & bandar dalam BA ditulis dalam bahasa asing seperti BI dengan kata nama yang huruf Latinnya berbeza sama sekali dengan pedoman huruf Arab yang asal.
›Kata nama tersebut harus digunakan oleh penterjemah kerana ia sudah digunakan sejak dahulu lagi.
›Contoh: al-Qahirah (BA)- Cairo (BI) – Kaherah (BM)
›al-Iskandariyah (BA) - Alexandaria (BI) - Iskandariah (BM); al-Jaza'ir (BA) - Algeria (BI & BM).
›Penterjemah bolehlah menggunakan kata nama yang telah sedia ada. Kata nama tempat dalam bahasa asing boleh disebut dan ditulis secara luwes, sama ada mengikut perkataan Inggeris ataupun mengikut perkataan Arabnya yang asal
›Secara umumnya kata nama tempat dalam bahasa Arab hendaklah ditransliterasikan untuk mencari padanan terjemahannya dalam bahasa Melayu.
›Nama bandar dan tempat yang dimulakan dengan kata sandang al seperti al-Qahirah, al-`Iraq dan al-Jaza'ir perlulah ditransliterasikan sahaja. Dan perkataan selepas al hendaklah dimulakan dengan huruf besar.
›Ataupun terjemah/padankan nama tempat/bandar itu dengan perkataan yang telah sedia ada seperti al-Urdun dipadankan dengan Jordan.
Nama Institusi/Organisasi
Diterjemahkan menggunakan kaedah pinjaman terjemahan, di samping menggunakan
akronim/mengekalkan akronim asal/rasmi yang digunakan.
Di samping kaedah pinjaman terjemahan, ada juga nama institusi yang dipinjam terus daripada
teks sumber ke dalam bahasa sasaran (tidak diterjemahkan).
Nama Jawatan/Gelaran
›Diterjemahkan mengikut kaedah pinjaman atau pinjam terjemah.
›Memasukkan maklumat tambahan bagi nama-nama jawatan/gelaran yang tidak dapat dikenali
untuk membantu pembaca memahami maksud nama tersebut.
Nama Judul/Peristiwa
›Lazimnya akan dikekalkan
›Bagi nama peristiwa/acara:
-Ada yang dikekalkan dalam teks sasaran.
-Ada yang diterjemahkan secara literal/pinjaman campuran.
Terdapat 3 strategi khas dalam penterjemahan KNK, iaitu:
1. Mengekalkan kata nama asal (TIDAK DITERJEMAHKAN).
2. Menggantikan kata nama asal dengan kata lain (DITERJEMAHKAN
MENGGUNAKAN TEKNIK PINJAMAN TERJEMAHAN, PINJAMAN CAMPURAN
DLL).
3. Menggugurkan terus kata nama itu.

Sekian,
Umi Munirah
No comments:
Post a Comment