Cute Purple Pencil

Wednesday, 14 June 2017

Terjemahan Kisah Teladan



Pada kelas tutorial yang lalu, saya telah mempelajari dan berbincang tentang terjemahan kisah teldan bersama dengan pensyarah saya. Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan sebuah kisah teladan bertajuk ’الجوهرة الثمينة’ yang bermaksud 'Permata Berharga'.


الجوهرة الثمينة

بلغ رجل سن الشيخوخة، وكان ذا ثروة طائلة وله ثلاثة بنين. فلما أحسّ بدنوّ الأجل، قسّم أمواله بين بنيه بالتساوي، واحتفظ بجوهرة ثمينة كانت عنده، وقال لهم:"تكون هذه الجوهرة من نصيب من قام منكم بعمل من أعمال البطولة أو الأعمال الجليلة يميّزه عن أخويه".
 فقال أكبر الأبناء:"لقد قمت بعمل جليل يدل على النبل والمروءة ،وإني أستحق منك هذه المكافأة يا أبتِ".فقال له أبوه:" وما هو؟" قال:استوعدني رجل مالاً وكان مبلغا عظيما، دون أن يأخذ عليَّ وثيقة به، ودون أن يعلم أحد بالأمر. وقد سلّمته هذا المال حالما طلبه، ولم آخذ على ذلك مكافأة ما. أفلا يعدّ عملي هذا عظيما؟" فقال الأب: هو حسن، وهو ما يوجبه عليك الدين والصدق في التعامل، ولكنّه ليس من الأعمال الفريدة التي تفوق سواها".
وقال الابن الثاني :"أما أنا، فإنّ العمل الذي سأذكره والذي عملته منذ بضعة أسابيع، لمما يؤهلني لمكافأتك.كنت ذات يوم مطير أسير على شاطيء البحيرة القريبة من هنا، وإذا بطفل صغير قد سقط فيها وكاد يغرق. وخاطرت بحياتي وأنقذته من الغرق وسلمته إلى أمّه. أفليس هذا عملا شريفا أستحق لأجله كلّ  مكافاة؟" فقال الأب:" إنّه عمل شريف، ولكنّه شفقة طبيعيّة على كلّ إنسان.
          وقال الثالث، وهو أصغر الأبناء:"أما أنا فالذي أذكره من أعمالي أنّي كنت يوما في إحدى البراي، وقد خرجت للصيد فرأيت أحد أعدائي نائما على صخرة على حافّة هوّة هائلة، وهو في حالته تلك لو تحرك أقل حركة لسقط وتحطم. فدنوت منه خفيفا خفيفا وأيقظته بكيفيّة نجته من الهلاك.
فلما سمع الأب هذا الكلام تهلل وجهه سرورا، وقال:" نعم، هذا هو أجلّ الأعمال.  نعم هذه هي البطولة بعينها، أن تنقذ حياة عدوّك وأنت قادر عل إهلاكه". قال هذا وأعطاه الجوهرة الثمينة.




:Berikut merupakan terjemahannya dalam Bahasa Melayu


PERMATA YANG BERHARGA


Terdapat seorang lelaki tua yang mempunyai banyak harta dan dia mempunyai tiga orang anak lelaki. Tatkala dia merasakan ajalnya semakin hampir, dia membahagikan hartanya kepada anak-anaknya secara sama rata. Namun begitu, dia menyimpan permata yang berharga bersama dengannya, dan berkata kepada mereka: "Ini adalah permata berharga dari perbuatan kepahlawanan yang dihormati mahupun perbuatan mulia yang dapat membezakan kamu bertiga"

Anak sulung pun berkata: "Aku telah melakukan perbuatan yang mulia dan saya layak menerima ganjaran ini”. Bapanya bertanya: "Apakah ia?" Dia pun menjawab: Aku membantu menguruskan harta seorang pemuda dan harta itu merupakan satu jumlah yang besar. Tetapi, aku menyerahkan harta itu kepadanya tanpa mengambilnya sebagai ganjaran. Tidak perbuatanku ini mulia?". Lalu bapanya berkata: “Bagus perbuatan tu, ia disukai oleh agama dan ada kejujuran dalam urusan, tetapi ia bukan perbuatan yang hebat”.

Anak kedua pula berkata: "Aku pu telah melakukan kebaikan pada beberapa minggu lalu. Ketika hari hujan, aku berjalan-jalan di tepi tasik. Ada seorang budak kecil terjatuh ke dalam tasik itu dan hampir lemas. Aku pun menyelamatkannya daripada lemas dan diserahkan kepada ibunya. Bukankah perbuatanku ini mulia dan layak mendapatkan semua pahala?". Si bapa berkata: "Ia adalah perbuatan yang terhormat, tetapi perbuatan itu merupakan belas kasihan semula jadi yang ada pada setiap manusia”.

 Kemudian, anak ketiga pula berkata: "Adapun aku mengingatkannya tentang perbuatan harian pada satu perbuatan kebaikan. Ketika aku keluar memancing, aku ternampak seorang daripada musuhku tidur di atas batu di pinggir jurang yang besar. Lalu dia terjatuh ke dalam jurang tersebut. Maka aku pun membantu dia yang berada dalam ketakutan dengan mengeluarkannya daripada jurang tersebut”.

Apabila dia mendengar kata-kata itu, si bapa merasa gembira, lalu berkata: "Ya, ini adalah untuk perbuatan yang paling mulia. Perbuatan ini merupakan perbuatan kepahlawanan kerana kamu sanggup membantu untuk menyelamatkan nyawa musuh kamu". Akhirnya, si bapa memberi permata berharga tersebut kepada anaknya yang ketiga.


- TAMAT -




Sekian sahaja perkongsian pada kali ini..Sehingga ketemu kembali..


Disediakan oleh: Nursyafiqah 'Aqilah Binti Sharin ☺




Terjemahan Unsur Budaya


Saya tertarik untuk berkongsi tentang Terjemahan Unsur Budaya kerana ramai yang konfius dalam menterjemahkan budaya. 


Terjemahan terbahagi kepada dua aspek utama iaitu Terjemahan Bahasa dan Terjemahan Budaya.

⇨ Terjemahan Bahasa: Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah perlu menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal. 

⇨Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkaradan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.


PEMBAHAGIAN BUDAYA:

1. EKOLOGI :  ilmu yang mengkaji mengkaji makhluk hidup dalam habitatnya serta alam           persekitaran semula jadi. (manusia, tumbuhan, haiwan)
  • Contoh Perbezaan Budaya:  Banyak tumbuhan yang tumbuh di Tanah Arab tidak dikenali dalam bahasa Melayu. Pokok ‫(sejenis pohon limau) الشيحية‬ tiada padanan dalam bahasa Melayu. Begitu juga, pokok rambutan, durian, manggis dan sebagainya tidak ada padanan yang tepat dalam bahasa Arab. 

2. SOSIOLOGI : berkait dengan adat resam dan kepercayaan masyarakat itu. (pakaian, kenderaan, makanan, laukpauk, bentuk seni) 
  • Contoh Perbezaan Budaya: Pelbagai jenis makanan dalam masyarakat Melayu adalah berbeza dengan makanan masyarakat Arab. Misalnya, pulut kuning dalam masyarakat Melayu.

3. IDEOLOGI : berkait dengan agama, kepercayaan, falsafah pemikiran, adat resam dan politik. (melibatkan emosi)
  • Contoh Perbezaan Budaya : Perkataan yang melibatkan ideologi tidak boleh diterjemhkan sesuka hati kerana ia boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Contohnya peristiwa Isra' dan Mikraj dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu dikekalakan.

4. MATERIAL : perkara asas dalam kehidupan, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

  • Contoh Perbezaan Budaya: Aspek budaya material yang tidak wujud dalam bahasa sasaran.  Orang Arab Libya misalnya, memakai pakaian-pakaian dipanggil السرية، الغرملة، الزبون dan sebagainya yang tidak boleh diterjemahkan dengan tepat dalam bahasa Melayu. Demikian juga dengan pakaian tradisional Melayu seperti baju kurung, kebaya, sampin dan baju Melayu.




KAEDAH PENTERJEMAHAN BUDAYA

👉  Budaya asal dikekalkan dalam teks terjemahan. 

👉  Budaya asal disesuaikan dengan budaya sasaran. 

👉  Budaya asal yang tidak ditemui padanannya dalam budaya sasaran hendaklah dijelaskan maknanya dalam nota kaki atau nota akhir.



KESIMPULAN.. 

Mengapa perbezaan budaya membuatkan terjemahan menjadi sukar?

✔ Ada sesetengah perkataan yang digunakan oleh masyarakat Arab tidak mempunyai padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.

✔ Tiada padanan pada perkataan-perkataan tertentu.

✔ Tidak ada kamus yang betul-betul lengkap yang boleh membantu para penterjemah.

✔ Kemampuan penterjemah terbatas.



💕 Saya harap informasi yang di atas memberi manfaat kepada anda. Sekian, terima kasih..

Disediakan oleh: Nursyafiqah 'Aqilah binti Sharin☺




Wednesday, 24 May 2017

Laras Bahasa


Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai pentingnya ilmu pengetahuan tentang laras bahasa dalam terjemahan.

Pada mulanya apa itu laras bahasa? 🤔

  • Menurut Asmah Haji Omar: laras bahasa ialah unit-unit khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang penggunaanya.
  • Setiap bahasa mempunyai variasi atau kelainan menurutnya lagi. 
  • Sama ada berdasarkan kepada kawasan tertentu (dialek), situasi sosial (dialek sosial), tema atau judul (laras bahasa seperti laras bahasa agama, laras bahasa akedemik dan sebagainya.
Kesimpulannya, laras bahasa ini ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang atau situasi penutur ketika berbahasa sama ada melalui tulisan ataupun lisan. 


FAKTOR UTAMA IALAH:-

1) Ciri-ciri keperihalan
- situasi luaran
- situasi persekitaran

2) Ciri-ciri linguistik
-aspek bunyi
-aspek perkataan
-aspek ayat 



* ANTARA CONTOH LARAS BAHASA IALAH:
  • Laras Bahasa Agama
  • Laras Bahasa Akademik
  • Laras Bahasa Masakan
  • Laras Bahasa Undang-undang
  • Laras Bahasa Sains
  • Laras Bahasa Pengiklanan
  • Laras Bahasa Media Massa


Setakat itu dulu perkongsian ringkas untuk hari ini. In shaa Allah perkongsian ringkas ini boleh memudahkan anda semua untuk mengingati, memahami sesuatu nota dengan ringkas, mudah dan berkesan. Moga bermanfaat! :) 

By, Salma Irsalina ^^













Saturday, 20 May 2017

Hai. Pada kuliah ketiga, kami telah mempelajari proses menterjemah mengikut model Nida dan Tiber.







BACA DAN FAHAM

  • Proses yang banyak berlaku dalam fikiran penterjemah
  • melibatkan pencarian makna (kotak memori/ kamus)
  • makna: perkataan, ayat, wacana
  • pelbagai ciri istimewa bahasa; idiom, peribahasa dsb 

 

  • Proses panting penting dalam penterjemahan dimana;
  • penterjemah perlu mencari padanan terjemah yang sesuai dan tepat.
  • perlu dipindahkan ke bentuk bahasa sasaran.
  • adakalanya berlaku sedikit pemincangan bahasa dan konotasi
 


 
  • Boleh dilakukan sendiri;
  • Penterjemah bersemuka dengan pakar bidang
  • Baca teks dengan suara lantang, bersemuka dengan orang lain
  • Periksa dari segi ketepatan terjemah 

 

  • Sunting bahagian yang tidak perlu
    • Mewujudkan gaya yang seragam



Sekian sahaja entri pada kali ini... annyeong ^^

by: Ma Nurul Shafiqah Binti Muhamad Fadzli




   

MENTERJEMAH PERIBAHASA


Hari ini saya akan berkongsi dengan pembaca semua mengenai cara menterjemah peribahasa.

Peribahasa Arab
Dalam buku al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah:

قول موجز سائر، صائب المعنى، تشبه به حالة حادثة بحالة سالفة. (kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu).

Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:

1. Al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas)
السرّ أمانة, النساء حبائل الشيطان  dan الحرب غشوم (،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 28).

2. Al-Mathal al-qiyasiy
Cerita atau kisah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas. 

Contoh al-mathal al-qiyasi: 
إن من البيان لسحرا،   إيَّاكُم وخضراء الدِّمَن، لا يُلْدغ المؤمنُ من جُحْرٍ مَرّتَيْن،  الكلمة الطيبة صدقة،   التائب من الذنب كمن لا ذنب له،   إذا لم تستح فاصنع ما شئت،   اليد العليا خير من اليد السفلى 
3. Al-mathal al-khurafiy
iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia
dibina  berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.


Teknik Menterjemah Peribahasa

1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
    Contoh:
                جزاه جَزَاءَ سِنِمَّار diterjemahkan kepada susu dibalas tuba.  
                قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.

2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
    Contoh:
                 ما ءُ الوجه diterjemahkan terus kepada air muka.
                 عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati.
                 شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
                 حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.
                 دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.

3. Teknik memperjelas makna.
    Contoh:
                 Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
                 Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggil 
                شركة خطوط   جوّية/هوائية

4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).

Contoh:
             هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati. 
             حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.




Sekian,
Umi Munirah



S


S


Friday, 12 May 2017









Pada kuliah kedua, kami telah mempelajari mengenai kelayakan penterjemah. Jadi, saya harap sesiapa yang bercita- cita untuk menjadi seorang penterjemah, boleh menjadikan blog ini sebagai salah satu rujukan asas.

                                                  PENDAPAT YANG SALAH 


  • Hanya dengan mengetahui dua bahasa sahaja seseorang penterjemah itu mampu untuk menjadi seorang penterjemah yang baik. 
  • Hal tersebut adalah kurang tepat. Sebagai seorang penterjemah, kita perlu mengetahui banyak bahasa kerana terdapat banyak kata pinjaman yang terdapat dalam sebuah bahasa.
  • Namun, dunia 'maklumat di hujung jari' kini tidak menjadi masalah yang besar kepada penterjemah. 


                                                             
                                                                   SYARAT UTAMA UNTUK MENJADI PENTERJEMAH



 1. Mengetahui bahasa sumber 
2.Mengetahui bahasa sasaran 
3.Mengetahui topik atau subjek yang akan diterjemahkan.
4. Mengetahui teori terjemahan 
5.Mengetahui sasaran pembaca







                                                              1. Mengetahui bahasa Sumber
  • Mengetahui dengan mendalam
  • Tahu membezakan banyak makna (sinonim, antonim dan sebagainya)
  •  Mampu menafsirkan makna dengan tepat


 2. Mengetahui bahasa sasaran
  • Mengetahui bahasa penerima dengan baik
  • Lebih baik atau sama baik dengan bahasa sumber



3. Mengetahui bidang/ subjek
  • Menjamin ketepatan dan kesempurnaan terjemahan yang dihasilkan.
  • Penting dalam penterjemahan teks2 khusus/ sastera




4. Mengetahui teori terjemahan
  • Ada teori dan kaedah ilmiahnya yang tersendiri
  • Bukan setaka memindahkan perkataan sahaja, tapi juga memindahkan idea, maklumat dan gaya

 5. Mengetahui sasaran pembaca
  • Terjemahan perlu sesuai dengan sasaran pembaca
  • Laras bahasa juga perlu dijaga.



 SYARAT TAMBAHAN
  1. open- minded
  2. Minat yang mendalam
  3. Boleh bekerja sendiri
  4. Minat yang mendalam
  5. Jujur dan amanah




Sekian sahaja daripada saya... Oh iye, maklumat tambahan. Jika ada yang betul2 berminat untuk menjadi penterjemah boleh pergi ke laman web Institut Terjemahan Bahasa Negara untuk mendapatkkan maklumat dengan lebih lanjut lagi.

By: Ma Nurul Shafiqah binti Muhamad Fadzli

Wednesday, 10 May 2017

Apa beza KOMUNIKATIF DAN SEMANTIK? 🤔

Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi tentang perbezaan komunikatif dan semantik iaitu jenis terjemahan menurut Peter Newmark. Saya yakin apabila anda mengetahui perbezaan ini secara automatiknya anda akan tahu apa itu sebenarnya komunikatif dan semantik. In shaa Allah moga bermanfaat! 😉



KOMUNIKATIF
SEMANTIK
Mementingkan budaya bahasa sasaran
Mementingkan bahasa sumber
Memberi kesan yang sehampir sama kepada pembaca seperti pembaca teks asal
Membuat pembaca tercari-cari makna sebenar
Terjemahan lebih jelas, lancar dan mudah
Terjemahan mengikut harfiah setepat-tepatnya, lebih terperinci
Penulis menggunakan bahasanya sendiri dan bahasa lebih baik daripada teks asal
Penulis mementingkan bahasa dan mempunyai maklumat yang banyak
Boleh membetulkan kesilapan dan kesalahan dalam terjemahan
Perkataanya tidak boleh diusik lagi
Pembaca teks sasaran mengandaikan diri mereka sama dengan pembaca teks sumber
Mutu terjemahan lebih rendah selalunya
Menggantikan bahasa kasar dengan bahasa halus
Terjemahan boleh menyebabkan makna teks sumber hilang



Moga bermanfaat! :) Jumpa lagi👋 
By, Salma Irsalina ^^