Cute Purple Pencil

Sunday, 9 April 2017

Definisi Terjemahan

Saya akan berkongsi serba sedikit apa yang saya dapat dalam kuliah pertama bagi subjek ini pada 14 Februari 2017. hehe.. dah lamo dah baru nak update..

 Definisi terjemahan dapat ditinjau melalui dua aspek iaitu:- kamus dan pandangan sarjana




I. Kamus
 
  Kamus Dewan (1993) hal. 1351
 i) Terjemah; menterjemah- Memindahkan (karangan dll) 
     daripada suatu  bahasa  kepada bahasa yang lain,
      mengalihbahasakan 
 ii) Terjemahan; hasil daripada menterjemahkan, yang (telah) 
       diterjemahkan
 iii) Penterjermahan; perihal (kerja, usaha dsb) menterjemah



 Dari sudut bahasa
i) Berasal daripada bahasa Arab; tarjimu- yutarjimu- tarjamah
ii) Qamus al- muhit; الترجمة بمعنى توضيح وتفسير وتبيين
iii) Qamus al- Wasit;التبيين والتوضيح

 

The Concise Oxford English Dictionary (1991, 1994, 1998, 2000,2003):
Translation i) The act or instance of translating
                  ii) A written or spoken expression of the meaning of a word, 
                      speech, book, etc. in another language.


 II) Pandangan Sarjana
 
         i) Catford, J.C (1965) “A Linguitic Theory of Translation” :

     "The replacement of textual material in one language (Source Language) by equivalent textual material  in another language"


ii) Finlay (1971), Bell (1991), dan Hatim dan Munday (2004):
A) The process of turning an original or “source” text into a text in another language

b)  A translated version of a text.
Terjemahan berbeza dengan interpretasi
Translating is ... A presentation of a text in a language other than that in which it was originally written ... The word ‘written’ should be stressed, since it distinguishes translating from intrepreting, which may be defined as the presentation of statement in a language other than that in which it was originally spoken... (Finlay, 1971) 

 
iii)  Nida & Taber  (1974; 1982), The Theory and practice of translation
 “Translating consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the source language message, first in terms of meaning and secondly in terms of style”

 
iv) Brislin (1976)
 

“ ... Istilah am yang merujuk pemindahan buah fikiran dan idea daripada satu bahasa ke bahasa yang lain, sama ada secara bertulis atau lisan ...”


 v) Newmark (1981)
“ ... Usaha menggantikan mesej atau pernyataan yang bertulis dalam satu bahasa dengan mesej atau kenyataan dalam bahasa lain ...”




vi) Larson (1984)


 Terjemahan terdiri daripada aktiviti mengkaji leksikon, struktur nahu, situasi komunikasi, dan konteks budaya teks bahasa sasaran, menganalisnya supaya maknanya ditentukan, dan kemudian membina semula makna ini dengan menggunakan leksikon dan struktur nahu yang sesuai dalam bahasa penerima dan konteks budayanya.





Wednesday, 5 April 2017

Ada apa dengan Terjemahan? 🤔

بسم الله الرّحمن الرّحيم


Mulakan setiap pembelajaran ilmu dengan Doa! 😊💓

Assalamualaikum. 👋 In shaa Allah hari ini saya mahu berkongsi serba sedikit tentang terjemahan. Sebenarnya, subjek ini merupakan subjek yang baharu untuk saya dan sahabat-sahabat yang lain. Namun itu bukannya alasan untuk kami tidak berkongsi apa yang telah kami pelajari walaupun sedikit. Kerana apa? Kerana Nabi Muhammad saw contoh terbaik untuk umat sekalian alam kita telah mengajar kita untuk sampaikan apa-apa ilmu hatta satu ayat sekalipun. 😉 Jadi, tak ada alasan ye untuk kita berkongsi apa yang kita tahu walaupun sedikit dan alasan tidak tahu itu dah tak valid pada masa sekarang cliche sangat 😏 so, moh kita sebarkan ilmu seluas-luasnya. Sebarkan kebaikan, sebarkan auraa positif 🙆💞 Moga ilmu yang sedikit ini dapat menjadi asbab untuk kita jauh dari neraka Allah SWT dan makin dekat dengan syurga Ilahi 😍. Allahumma amiin.

Oleh itu, mohon sekiranya kami ada tersilap info, fakta, atau maklumat tentang terjemahan ini mohon tegur dan tunjuk ajar dari antum sekalian yang lebih arif dan kami mohon maaf untuk semuanya. 😅 k panjang pulak muqaddimahnya asiffni jiddan 😆


Pada kuliah yang lalu, pensyarah tersayang saya ada menyebut bahawa terjemahan ini adalah antara salah satu bidang linguistik. Setelah itu, Dr telah menyebut antara bidang-bidang yang terdapat dalam linguistik contohnya, fonem atau lebih dekenali dengan bunyi huruf, fonetik, fornologi, morfologi, sintaksis ayat, semantik, linguistik terapan iaitu pragmatik serta sosiolinguistik, laras bahasa dan macam-macam lagi. Hm, terfikir tak kenapa saya kongsi pasal ni? 😆 Mungkin, kalau pelajar yang bukan dari lepasan STPM akan keliru dan blurr dengn istilah-istilah yang dasyat kedengarannya 😂 Ingat Subjek Sains Fizik Kimia Biologi je ke ada istilah-istilah yang power centu haha Bahasa Melayu pun adoo haha 😜 k sis gurau. Sebenarnya, masa Dr kongsi pasal linguistik ni telah mengimbau kepada saya akan kenangan semasa zaman tingkatan 6 STPM dahulu. Rindu sangat untuk belajar bahasa Melayu ini. Memang saya mengaku bahawa subjek Bahasa Melayu ni nampak je mudah tapi sebenarnya subjek ini sangat unik dan ini antara subjek kegemaran saya masa STPM dolu dolu hehe 😍🙈 Jadinya, saya tak sangka lah yang saya akan belajar lagi subjek ini walaupun tak menyeluruh tapi maklumat yang saya pelajari semasa STPM sangat membantu saya pada hari ini di zaman Universiti. Moga guru-guru yang pernah menjadi pembimbing kepada kita mendapat rahmat dan berkat Allah SWT sentiasa. Amiin. Jadi, saya nak sambung di sini sangat beruntung tau sesiapa yang mengambil jalan untuk masuk STPM ni tambahan pula ambik subjek Bahasa Melayu. Tak rugi langsung 😋 ((promote pelajar lepasan SPM untuk ambik STPM 😂💓))


Kebiasaannya kita belajar bahasa Melayu simple-simple je kan, rupanya banyak lagi skop, bahagian-bahagian yang terdapat dalam subjek Bahasa Melayu setelah masuk STPM. Senang ceritanya, jangan pandang sebelah mata lah dengan subjek Bahasa Melayu ni sebab kenapa perlu seksakan diri kita untuk pandang sebelah mata kalau kita boleh pandang kedua-dua belah mata kita. Mohon bersyukur sikit sis bro. K k sis gurau 😝

Dalam kita berjihad dalam menuntut ilmu ni, apanya yang tak susah. Mesti ada cabaran-cabarannya yang tersendiri nama pun jihad mestilah bersungguh-sungguh kita untuk mempelajari sesuatu ilmu itu. Kalau kita dapat ilmu itu dengan sambil lewa dan mudah sahaja pasti tak mencabar dan hidup pun makin bosan hm. Bukan subjek Bahasa Melayu je apa-apa subjek yang lain juga pasti ada cabaran yang tersendiri. Itu lah ilmu sebab ilmu itu tidak akan dapat dicapai dengancara yang santai. Heshteg take noted sikit. 💪 K sis dah lari daripada tajuk terjemahan. ampunkan sis 😌


Baiklah, setakat itu sahaja perkongsian sis pada kali ini. Moga dapat manfaat dan ibrah dari perkongsian yang marhaen ini. Sirru alaa Barakatillah! 💪💓😊



p/s: akhir kalam, ya sis tahu mesti bosan kan baca artikel sis dah macam esei kannn 😩 maaf lah segala kekurangan sis hm sebenarnya sis tak pandai nak cantik-cantikkan blog letak gambar ke apeke maaflah sis tak reti berblog sis cuma pandai cantikkan tulisan dengan letak emoji banyak-banyak je sebab sis suka emoji eheh 😂😂 maaf lah ayat sis ni hipsterr sikit tak menentu, tak formal harap tak marah 😔 dan sebenarnya supaya antum semua mudah faham dan dapat apa yang saya ingin sampaikan. Semoga selesa dengan penggunaan ayat-ayat yang saya bawakan ni. maaf sekali lagi 😓 kalau tak suka boleh comment ye nanti sis tukar lain 😀 dan tak dilupakan terima kasih kepada pensyarah yang tersayang memberi pendedahan kepada kami untuk menulis blog moga-moga pengalaman yang pertama ini dapat mencungkil bakat yang terpendam dan menambah kemahiran yang baharu dalam diri kami semua. Sebarkan Kebaikan 💕

by; Salma Irsalina ^^